Marah Pengadu, Pegawai Trafik Wanita Ditukar Serta Merta


SUBANG JAYA - Ekoran viralnya video seorang anggota polis trafik wanita memarahi pengadu, anggota terbabit telah diarah ditukar secara dalaman. 

Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Subang Jaya, mengesahkan kejadian itu berlaku pada 13 Mac 2016, jam 6. petang, Ahad lalu di kaunter pejabat pertanyaan trafik IPD Subang Jaya, Selangor.

"IPD Subang Jaya memandang serius perkara ini dan telah membuka kertas siasatan tatatertib untuk siasatan telus ke atas insiden tersebut. 

"Sementara siasatan sedang dilakukan, arahan pertukaran dalaman terhadap anggota polis wanita itu telah dibuat serta merta (tugas pentadbiran) dan tidak lagi berurusan di barisan hadapan," kata kenyataan itu. 

Ketua Polis Daerah Subang Jaya memberi jaminan bahawa siasatan dalam akan disiasat dari segala aspek sebelum membuat keputusan selanjutnya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.