Header Ads

  • Terkini

    Recent Posts:

    Maut Dilanggar Ketika Bermain Roller Blade


    KUALA TERENGGANU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun maut dilanggar kereta ketika sedang bermain kasut roda (roller blade) pagi tadi. 

    Dalam kejadian yang berlaku pada jam lebih kurang 8 pagi tadi di Kampung Bukit Bayas itu, sumber mendakwa mangsa bermain roller blade di depan rumah jirannya sebelum dilanggar kereta. 

    "Seorang budak perempuan berumur 9 tahun mati dilanggar kereta ketika bermain roller blade di Kampung Bukit Bayas, depan pintu pagar rumah Wan Mutalib.

    "Baru berlaku tadi. Kepada sahabat, berhati-hatilah bila membiarkan anak bermain roller blade," kata Rasmin Arnie.

    Berita dari Rasmin itu mendapat 1,011 shares di laman Facebook. - PIXEL MEDIA

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad

    Powered by Blogger.