Minta Hantaran RM12,000, Lelaki Dah Merungut


Jika dibaca luahan gadis ini, ada benarnya juga. Gegadis zaman ini bukannya seperti dulu, ramai yang berpelajaran tinggi, mempunyai kerjaya baik dan lain-lain. Begitu juga dengan situasi ekonomi yang berubah setiap masa menjadikan kehendak pada zaman ini lebih dari zaman dulu. 

Namun, perkara yang baik boleh dipermudahkan jika niat berkahwin itu tidak terpesong.

Baca luahan hati gadis bernama Zue di bawah:

Lelaki ini tak faham, perempuan minta hantaran RM12,000 dah merungutlah, apa-apalah. Bangunlah wei! Sekarang dah 2016, dunia semakin maju. 

Makan sepinggan saja pun sudah boleh mencecah RM10.00. Kau ingat kahwin ini perkara main-main ke?

Hantaran RM12,000 itu bukannya nak membazir. Bukalah mata, zaman sekarang duit jalan macam air. Kalau tak sanggup nak kahwin dengan perempuan sebab tak cukup duit, tak payahlah kahwin. 

Perempuan sekarang pun, ramai yang pandai-pandai, bekerjaya pun ramai. Habis, takkanlah nak jadi lelaki yang goyang kaki di rumah? 

Bukalah mata, bukalah minda dan fikirlah secara mendalam. Bukan perempuan gila harta, tetapi itu pentingnya belajar sesuatu kalau boleh lebih detail, bukannya tengok pada luaran. - Zue | PIXEL MEDIA

1 comment

kaki kitai said...

Kalau perempuan tu setakat pass spm and kerani kilang ja mcm mna?berbaloi?

Powered by Blogger.