Nak Tukar PM Kena Tunggu PRU14 - PMO


PUTRAJAYA - Sebagai respon terhadap tindakan Tun Dr Mahathir, Pejabat Perdana Menteri hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa Perdana Menteri hanya boleh ditukar melalui Pilihan Raya Umum sahaja. 

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik melalui pilihan raya, satu-satunya mekanisma peralihan kuasa yang sah, demokratik dan memenuhi kehendak rakyat.

"Hari ini Tun Dr Mahathir dan bekas seteru beliau telah menunjukkan sejauh mana opporunisme dan terdesaknya mereka. 

"Sekiranya Tun Dr Mahathir mahu menukar kerajaan, beliau perlulah mengikut proses demokrasi dan menunggu pilihan raya akan datang, selaras dengan undang-undang Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan," kata kenyataan itu. 

Sementara itu di media sosial, ramai netizen yang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap tindakan bekas perdana menteri itu yang dilihat sanggup bersekongkol dengan pembangkang untuk mencapai matlamatnya mengusir Najib Razak. 

Tidak kurang juga yang menyuarakan sokongan terhadap Tun Dr Mahathir dengan alasan Malaysia perlukan Perdana Menteri yang baharu, yang lebih memahami keperluan rakyat di negara ini. 

Menurut sumber, ahli UMNO yang 'bersekongkol' dengan Tun Dr Mahathir berkemungkinan akan dikenakan tindakan oleh parti itu kerana tindakan mereka telah jelas mencemarkan imej parti dan presiden. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.