Penumpang Panik, iPhone 6 Tiba-Tiba Terbakar Dalam Pesawat


LONDON - Smartphone milik seorang remaja yang terbakar secara tiba-tiba mencetuskan rasa panik penumpang pesawat Alaska Airlines, semasa dalam penerbangan dari Bellingham, Washington ke Hawaii, Khamis lalu.

Menurut Anna Crail, 19, dia pada mulanya menyangka pesawat itu sedang menjunam selepas api setinggi 8 inci mula marak dari iPhone 6 ketika dia sedang menonton filem. 

Panik dengan keadaan itu, dia serta merta menghempaskan iPhone 6 itu ke lantai dan termasuk ke bawah tempat duduk penumpang yang lain. 

Tindakan Anna itu mencetuskan suasana kelam-kabut dalam pesawat. 

Mujur anak-anak kapal bertindak dengan pantas memadamkan kebakaran kecil itu. 


Ketika kejadian itu berlaku, pesawat tersebut berada di tengah lautan, 90 minit sebelum sampai ke pulau Hawaii. 

"Tidak pernah berasa begitu takut sepanjang hidup saya," kata Anna di Twitter. 

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan dalam kejadian itu. Pihak Alaska Airlines sedang menjalankan siasatan mengenal pasti punca kebakaran dalam pesawat tersebut yang membawa 162 penumpang. 

Sementara itu, pengeluar iPhone, Apple, belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.