Pesawat Flydubai Terhempas, Semua Anak Kapal & Penumpang Terkorban


KUALA LUMPUR - Sebuah pesawat Flydubai FZ981 dilaporkan terhempas ketika mendarat di bandar Rostov-on-Dov, tenggara Rusia. 

Kejadian yang berlaku pada jam 3.50 pagi (waktu tempatan) itu mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapal, lapor Astro Awani

Pusat kawalan trafik udara dan servis kecemasan Rusia mengesahkan pesawat jenis Boeing 737-800 dari Dubai itu terhempas ketika cuba membuat pendaratan kedua akibat jarak penglihatan yang buruk. 

Kementerian Kecemasan Rantau Rusia juga mengesahkan kesemua penumpang dan anak kapal maut dalam kejadian itu. 

Flydubai merupakan syarikat penerbangan tambang rendah yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa di Dubai. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.