Prestasi Teruk, Datuk Vida Bawa TRW Mandi Bunga


KUALA LUMPUR - Semua pemain dan ketua jurulatih pasukan The Red Warriors akan dibawa 'mandi bunga' sebelum beraksi pada perlawanan seterusnya pada aksi Liga Super dan Piala FA minggu ini. 

Datuk Vida berkata, inisiatif itu diambil bagi membangkitkan aura positif dalam kalangan pemain selepas pasukan tajaannya itu masih lagi gagal mengutip tiga mata penuh serta menamatkan kemarau kemenangan.

"Saya akan belanja mereka semua mandi bunga. Saya tengok semua pemain seperti tidak bersemangat, ada peluang untuk menjaringkan gol tetapi benteng pertahanan pula buat kesilapan. 

"Saya fikir dengan cara ini akan membantu memberikan aura positif yang dapat memulihkan semangat The Red Warriors dan juga jurulatihnya," lapor mStar Online. 

Datuk Vida berharap, dengan cara itu, pemain dan jurulatihnya akan rasa lebih segar dan cergas serta bersemangat untuk menang, sekali gus merekodkan kemenangan di negeri Kedah, setimpal dengan suntikan dana besar yang dilaburkan terhadap pasukan tersebut. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.