Result SPM Bukan Penentu Masa Depan


Saya sentiasa berasa segan untuk menunjukkan keputusan SPM kepada sesiapa kerana ada individu lain yang jauh lebih baik keputusannya dari saya. 

Saya bukanlah pelajar yang sangat cemerlang, tetapi saya di sini cuba memberikan semangat kepada anda agar tidak berputus asa kerana anda 'ditakdirkan' untuk gagal. Bila anda gagal, anda akan belajar cara untuk mengatasinya.

Saya masih 'gagal' sehingga ke hari ini, namun ada satu perkara yang saya pelajari dalam setiap kali menghadapi kegagalan di sepanjang hidup ini. 

Jangan pernah ragu dengan diri sendiri kerana ada sesuatu yang istimewa sedang menunggu untuk ditemui. 'Ia' hanya menunggu untuk anda menemuinya dan bagaimana caranya, itu terpulang pada anda sendiri. 

Pengkritik terbesar anda bukanlah ibu bapa anda atau rakan-rakan, tetapi diri anda sendiri. Saya juga masih tidak tahu apa yang saya telah capai dalam kehidupan ini, juga masih gagal dalam beberapa perkara. 

Kadang-kadang keputusan bukanlah faktor utama penentu masa depan anda, tetapi diri anda sendiri. Jadi apa yang saya dapat? - Jinnyboy | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.