'Saya Mahu Anak Ditukarkan Ke Sekolah Lain'


KLANG - Susulan kes buli seorang murid darjah dua dipaksa gunting lidahnya, ibu mangsa mahu anaknya ditukarkan ke sekolah lain dengan kadar segera. 

Siti Nurhuda Ibrahim, 29, berkata, dia sudah serik dan enggan kejadian itu berulang kembali menimpa anaknya Muhammaf Alif Shukran Alias, 8 tahun.

"Saya mahu tukarkan dia ke sekolah lain, saya tidak mahu dia dibuli lagi," katanya memetik laporan dari BERNAMA. 

Beliau juga berkata, polis telah mengambil semula keterangannya hari ini berhubung siasatan kes tersebut. Beliau berharap polis dapat menyelesaikan kes itu dengan segera agar tidak terjadi pada murid yang lain.

Sementara itu, mangsa juga telah diberikan khidmat kaunseling bagi memulihkan semangatnya untuk terus bersekolah dan belajar, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS), Zainureen Mohd Noor.

"Pihak JPNS sedang giat melakukan siasatan bagi mengenal pasti murid yang terlibat dan tindakan sewajarnya akan dikenakan terhadap mereka," katanya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.