'Saya Nak Suami Yang Ada Kereta Besar, Bukan Kereta Secondhand!'


Hancur hati seorang lelaki bilamana gadis yang bakal menjadi isterinya memberikan kata-kata yang musnah harapan untuk mereka bersama. 

Memikirkan kesenangan di masa depan, lelaki ini berusaha mencari sebuah kereta terpakai agar dia, bakal isteri dan anak-anak mereka kelak senang bergerak ke mana-mana. 

Namun, reaksi dari bakal isteri amat mengecewakan.

"Buruknya kereta," kata gadis itu.

"Okaylah kereta ini ayang. B dah test drive, masih lembut lagi. Dalaman kereta ini pun masih okay lagi," balas lelaki itu menaruh harapan tinggi agar gadis itu bersetuju. 

"So?" balasnya pendek. 

"So, tinggal nak polish saja lagi. Nanti dah polish, berkilatlah semula. Dalamannya cantik, penghawa dinginnya pun sejuk. Selesa untuk kita dan anak-anak kita nanti. Kalau anak-anak kita ramai, ayang bawa Kancil lagi satu. Kan B ada dua buat kereta kancil sekarang," jawabnya tanpa mengetahui bahawa gadis itu sudah mula meluat dengannya. 

"Eee! Tak naklah! Saya nak suami yang ada kereta besar, bukannya kereta secondhand," ujar gadis itu. 

Ternyata hancur dan menangis hati lelaki itu dibuatnya. Biarpun berkecil hati dengan kata-kata itu, dia tetap cuba menyakinkannya biarpun kereta terpakai tetapi masih dapat digunakan. 

"B beli cash RM6,300, tak ada hutang. Cuma jaga maintenance sikit saja, dah cantik Kancil ini. Nanti anak kita boleh bawa ke universiti bila dah dewasa. Minyak pun jimat, sayang Kancil ini," pujuknya lagi. 

"Eee! Berangan saja dia ni. Macamlah saya ini jodoh awak," kata gadis itu terus terang tanpa berselindung. 

"Ayang, janganlah cakap macam ini. InshaAllah kita ada jodoh. B memang tak ada kerja bagus tetapi selagi mampu, B akan cari rezeki halal untuk sara hidup kita kelak.

"Asalkan kita ada kereta, tak kisah kereta baru atau buruk ke hujan tak basah, tak kena terik matahari, bolehlah B bawa ayang jalan-jalan naik kereta hasil titik peluh B ini," pujuknya lagi. - PIXEL MEDIA




No comments

Powered by Blogger.