'Saya Pernah Tanya Najib Kenapa Buat GST, Nanti Rakyat Marah'


KUALA LUMPUR - Datin Seri Rosmah Mansor pernah bertanya kepada suaminya, Datuk Seri Najib Razak, mengapa ambil keputusan untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April tahun lalu. 

"Saya pernah tanya kenapa buat GST, nanti orang (rakyat) marah. Dia kata, dia mahu menjadi pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat dan negara. Dia tidak mahu menjadi pemimpin populis," kata isteri Perdana Menteri, lapor Malaysian Digest.

Rosmah menegaskan, keputusan Najib melaksanakan GST adalah bersebab dan untuk kebaikan rakyat dan negara. 

"Beliau buat sesuatu itu ada sebabnya. Mujur kita ada GST, dengan harga minyak jatuh dan (kalau) tiada GST, lagi susah," katanya. 

Tambahnya lagi, Najib sentiasa berhempas pulas membangunkan negara dan tidak pernah berhenti memikirkan apa lagi yang mahu dilakukan agar rakyat dapat hidup lebih aman dan mendapat rezeki yang lebih. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.