'Saya Tengku Dari Acheh, Pejuang Bangsa & Islam'


PUTRAJAYA - Setelah puas didesak dari mana gelaran 'Tengku' itu diperolehi, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau lebih mesra dipanggil Ku Nan itu tampil memberi penjelasan. 

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, terdahulu mendakwa Ku Nan menggunakan gelaran palsu, lapor Free Malaysia Today.

Ku Nan menyatakan bahawa keturunannya berasal dari Acheh yang merupakan pejuang negara dan juga agama Islam. 

"Saya Tengku dari Acheh, pejuang bangsa dan Islam. Darah yang mengalir dalam tubuh inilah yang menyebabkan saya tidak pernah tunduk dan mengalah pada asakkan mana-mana pihak. 

"Lihatlah sejarah Acheh di mana Tengku Nyah Abu pergi dan inilah cucu dia, pejuang Islam, pejuang yang mempertahankan tanah air. 

"Datuk dan nenek saya tidak pernah tunduk pada Belanda. Sebab itu saya kuat," memetik kenyataan beliau dari Free Malaysia Today semalam. 

Jelas Ku Nan, isu gelaran Tengku bukanlah isu baru dan mendakwa pernah menjelaskan perkara itu di zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berada di dalam UMNO lagi.

"1982, saya pernah cakap ketika bertanding sebagai exco pemuda yang saya bukan Tengku dari Malaysia. Saya berketurunan Acheh, orang Islam yang datang ke Malaysia," katanya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.