Seluar Mereka, Ketat Nauzubillah!


Baru-baru ini semasa menjaga booth di Angsana, dalam ramai-ramai orang saya perasan ada dua orang perempuan berpakaian ketat tidak terkata. Mereka memakai seluar jeans jenis skinny. 

Jujur sebagai lelaki, mata saya memang tertumpu pada mereka. 

Selepas itu, saya perasan ada dua orang lelaki mengekori mereka dari belakang sambil memegang telefon bimbit. Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa dan beranggapan mungkin dua lelaki itu abang dua perempuan berkenaan.

Selepas dua lelaki itu lalu di depan saya, alangkah terkejutnya saya apabila mendapati mereka bukan abang kepada dua perempuan itu. Saya perasan selepas lelaki itu berjalan ke depan sikit selang dua tiga orang. 

Tahu apa yang lelaki itu buat? Dia sebenarnya sedang merakam video susuk tubuh badan dua perempuan tadi dari belakang. Terkejut juga saya dibuatnya. Apa motif dia merakam video dua perempuan itu? Mungkin mereka mahu berkongsikan video itu di group-group tertentu. 

Bahaya kan? 

Perempuan, kalau boleh jaga sikit cara pemakaian itu. Tak kisahlah sama ada anda berhijab atau free hair. Kalau dah nama perempuan, jagalah maruah diri itu seelok mungkin. Sekarang ini, bermacam-macam perkara yang tidak elok orang boleh buat. Berhati-hati ya. - Amirul Aris | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.