Serang Lelaki Pakistan, Papagomo Didenda RM4,300


KUALA LUMPUR - Gara-gara menyerang seorang lelaki warga Pakistan, Papagomo atau Wan Muhammad Azri Wan Deris, 33, dijatuhkan hukuman denda RM4,300 oleh Mahkamah Majistret hari ini. 

Papagomo membuat pengakuan bersalah diatas tiga pertuduhan menyerang lelaki Pakistan itu setelah kesemua pertuduhan dibacakan. 

Lapor KOSMO!, Papagomo didakwa tiga pertuduhan berasingan, menampar dan menumbuk pipi kiri serta menendang alat sulit Khuram Shazad, 33, di Setapak Point, Wangsa Maju pada jam 1.30 petang, 29 Januari 2016. 

Papagomo didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, jika disabit bersalah boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.