Serang Pekerja Asing, Papagomo Didakwa Di Mahkamah


KUALA LUMPUR - Papagomo atau Wan Mohd Azri Wan Deris yang menyerang seorang pekerja asing pada 29 Januari lalu akan didakwa hari ini di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pagi ini.

Berdasarkan video yang dimuat naik oleh Papagomo sendiri di Facebook, dia dilihat menampar, menumbuk dan menendang lelaki warga Pakistan yang didakwa telah melakukan gangguan seksual pada dua adik perempuan serta dua lagi rakan mereka. 

Berikutan ramai yang tidak faham dengan punca sebenar kejadian, Papagomo kemudian memuat naik penjelasan yang panjang lebar.

"Saya hanya bertindak untuk melindungi adik perempuan saya," katanya. 

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, tindakan Papagomo itu dilihat merendahkan polis kerana mengambil tindakan sendiri. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.