Serpihan Ekor Pesawat MH370 Ditemui Di Afrika?


WASHINGTON - NBC News semalam melaporkan serpihan pesawat dipercayai milik MH370 ditemui di pesisiran pantai timur Afrika di antara Mozambique dan Madagascar.

Lapor Reuters yang memetik kenyataan dari penyiasat Amerika Syarikat berkata, pihak Malaysia dan Australia telah melihat gambar serpihan tersebut dan ia mungkin penstabil mendatar pesawat Boeing 777 MH370 yang hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing Mac 2014. 

Difahamkan, serpihan itu ditemui oleh seorang lelaki Amerika yang giat menyiasat kehilangan pesawat itu di pantai Selat Mozambique.

Sementara itu, jurutera yang telah melihat serpihan tersebut tidak menolak yang serpihan itu berkemungkinan besar adalah milik pesawat MAS MH370. Bagaimanapun, jurutera Boeing masih lagi meneliti gambar yang diterima. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.