Siapa Cakap Couple Lama² Bila Kahwin, Kurang Kemanisannya?


17/07/2008 - Kita mula berkawan rapat. Orang muda kata, start couple. "Hahaha!" Pada masa itu, umur baru saja 14 tahun dan husband pula 16 tahun. Dan seperti biasa, ramai akan kata, "Gatal! Sekolah tak habis, dah sibuk couple,". Saya pun akan buat muka mencebik. "Hehehe!"

Sepanjang couple, ada dugaan tak? Hmm, tipulah kalau kata tak ada. Siap ingat lagi tarikh pertama kali kami bergaduh besar. 22/02/2009 kami bergaduh sebab ada seorang perempuan mengaku dia adalah girlfriend husband kita. Padahal dia syok sendiri, siap berdepan dengan dia lagi. Adoi, sungguh kelakar bila diingat semula.

Dugaan kedua, selepas kita sambung belajar. Alahai, ini dugaan paling besar rasanya sebab terjumpa lelaki yang sebaik husband. Teruknya perangai, tetapi Alhamdulillah jodoh takkan ke mana. Sekejap saja leka, selepas itu jadi 'orang' balik. "Kahkahkah!". 

Nakalnya Aien, tetapi husband ini bagus. Dia tetap terima kita walaupun kita dah buat dia kecewa. Itu yang sayang lebih pada dia. #mwahciked!

April 2015, husband beritahu niat nak masuk meminang. Kita pun apa lagi, excitedlah beritahu keluarga yang keluarga husband nak datang merisik. Tetapi keluarga kita kata, sebab kami dah kenal lama, terus bertunang sajalah. Lepas itu, husband pun okay. 

17/05/2015 - Pada masa ini sudah 6 tahun 10 bulan kami berkawan. Tiba-tiba husband melamar kita di tasik Putrajaya (memang port dating). Dia bagi sejambak bunga dan 10 keping notes. Rasa terharu sangat dan menangis pula pada masa itu. Malunya kita.

13/06/2015 - Sampailah masa ini, kita dengan husband selamat sudah bertunang. Akhirnya kita telahpun menjadi tunang husband. Planning bulan 11/2014, tetapi biasalah ada masalah sikit. Alhamdulillah panjang lagi jodoh kami.

12/02/2016 - Sampailah tarikh keramat ini, kita sah menjadi isteri kepada husband kita. Alhamdulillah, bersyukur sangat kerana semuanya dipermudahkan. Hampir 8 tahun berkawan/couple, akhirnya kami disatukan. Excited sangat!

Masa sekolah dulu, sibuk berangan nak kahwin time bila, apa semua dan akhirnya semua angan-angan menjadi kenyataan. Allah satukan kami, Alhamdulillah. Walaupun pelbagai dugaan semasa berkawan/couple, tetapi akhirnya selamat juga disatukan dan hari ini genap sebulan menjadi suami isteri. Alhamdulillah.

Siapa cakap couple lama-lama bila kahwin, kurang kemanisannya? Tidak juga, Bagi Aien, kemanisan antara pasangan bergantung pada diri kita sendiri. Semakin kita sayangkan seseorang itu, semakin kuatlah perasaan cinta sayang kita pada si dia. Jangan pernah merasa jemu bila bersama. Sama-samalah bertolak ansur, InshaAllah kekal selamanya. 

Orang akan cakap, "Baru sebulan kahwin, tengoklah lama-lama nanti,". Jangan dengki sangat, doakan saja yang baik-baik untuk kami. InshaAllah semuanya akan baik-baik belaka dan terima kasih kepada sesiapa yang mendoakan kebahagiaan kami. Doakan juga agar kami cepat mendapat baby. Amin.

"Amboi, mengada-ngada," hahaha.

Bila orang tanya, macam mana kami boleh kekal lama sampai kahwin? Alhamdulillah, itu semua Allah yang izinkan. Yang penting dalam hubungan, kita mesti jujur dan setia. Tetapi bila tak setia, kita tengok pula pasangan kita, boleh terima kita balik atau tidak. Jika kita mengaku yang kita tidak setia, ada sesetengah orang tak akan berpatah balik dan ada sesetengahnya pula akan berfikir terlebih dahulu dan akan menerima kita semula kerana rasa sayang dan cinta itu masih ada.

Paling penting sekali, kita jangan buat hal lagi. Masing-masing perlu memberi semangat bila pasangan memerlukan kita. Kita kena selalu ada dengan dia dan jangan sesekali bosan dengan pasangan kita.

Ada lagi yang bertanya, "Mudanya dah nak kahwin?". Setiap orang ada perancangannya sendiri. Kami sudah bersedia sebab itu kami berkahwin. Alhamdulillah keluarga semua restu. Semua itu bergantung pada kita juga, sanggup atau tidak untuk menghadapi alam rumahtangga bersama dan inshaAllah kami bersedia. Doakan kami dapat tempuh alam perkahwinan ini bersama. Amin!

Untuk husband, terima kasih kerana menerima segala kelebihan dan kekurangan sayang. Terima kasih kerana banyak mengalah dan banyak memberi semangat kepada sayang. I love you husband. You're my one and only husband that I love. #muahciked! Hehe! Happy anniversary. 

Untuk awak-awak yang nak kahwin muda itu, jangan takut untuk kahwin muda. Bila sudah bersedia, teruskan saja niat. InshaAllah semua akan dipermudahkan. Buat apa nak lambatkan benda yang baik kan? Janji masing-masing perlu bersedia untuk menghadapi alam perkahwinan ini bersama-sama. 

Peringatan untuk semua dan diri sendiri, jangan terlalu mencari yang sempurna sehingga tak nampak yang sempurna di depan mata. Hargai dia sebelum terlambat. - Aien Rosdi | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.