Soalan KBAT 'Jimmy Choo' Cetus Persoalan Netizen


PUTRAJAYA - "Wah! Kalau begini soalan KBAT untuk pelajar tahun 6, for sure aku gagal," demikian kata netizen yang sehingga kini masih gagal meneka jawapan bagi soalan KBAT yang viral di media sosial pagi tadi.

Rata-rata netizen terkejut dengan soalan KBAT untuk subjek Bahasa Malaysia bagi pelajar tahun 6 ini yang dianggap terlalu sukar dan sehingga ada yang mendakwa soalan seperti ini tidak sepadan dengan usia pelajar sekolah. 
"Datuk Jimmy Choo terkenal dengan rekaan kasut yang eksklusif dan bergaya. Beliau ialah seorang pereka kasut dan pembuat kasut yang mahir. Beliau sentiasa menggunakan alam semulajadi seperti pokok dan bunga sebagai sumber ilham dan inspirasinya. Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan ayat yang bergaris (KBAT)"
Menurut sesetengah netizen, soalan KBAT bertujuan menguji kemahiran pelajar berfikir. 

"Soalan seperti ini dikeluarkan sebab nak melihat pelajar yang manakah genius. Samalah seperti matematik, sains semua, kadang-kadang kementerian letak satu dua untuk melihat siapa yang genius. 

"Iyalah, rugilah kalau orang itu otaknya dah advance tetapi kita layan dia dengan benda-benda basic. Jadi rugilah kalau tak cungkil bakat mereka dari awal," kata Wan Omar. 


Bagaimanapun, apakah jawapannya? - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.