Spiderman Tewas Di Tangan MPKB?


KOTA BHARU - Gerai nasi lemak superhero Spiderman dilaporkan telah 'diangkat' oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), hari ini, lapor laman Facebook University of Life

Gambar Spiderman atau Zawawi Ghazali, 29, berdepan dengan beberapa anggota MPKB itu viral sekali lagi di laman sosial mencetus pelbagai reaksi netizen.

Menurut sumber, gerai Zawawi terpaksa 'diangkat' mungkin kerana watak adiwira itu berasal dari barat, selain dari berpakaian ketat. 

"Nasib spiderman yang jual nasi lemak akhirnya tewas di tangan MPKB. Mungkin kerana Spiderman itu watak K******. Lagipun ini Serambi Mekah bro. Kalau Cicakman mungkin boleh kot jual nasi lemak," kata Zamay

Sementara itu netizen melahirkan rasa kesal mereka terhadap tingakan anggota MPKB itu. Namun, tidak kurang juga yang menasihatkan agar Spiderman memohon lesen berniaga jika benar gerainya 'diangkat' kerana tiada lesen.

Dalam respon terkini Zawawi, beliau menafikan dakwaan laman Facebook berkenaan.

"Alhamdulillah, sepanjang penjelajahan Abe Spider dari daerah ke daerah untuk berniaga, tidak pernah pun Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah angkut meja Abe Spider. Malah mereka menyokong usaha Abe Spider.

"Tugas dan arahan patut dipatuhi, doakan usaha Abe Spider untuk mendapatkan lesen dipermudahkan," katanya melalui Facebook.  - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.