Suami Akan Sentiasa Bersabar Jika Benar² Sayangkan Isteri


Terbaca bab lelaki kahwin lain dan ceraikan isteri berusia 22 tahun sebab isterinya pemalas. 

Zaman atuk nenek saya dulu, nenek berusia 14 tahun berkahwin dengan atuk berusia 30 tahun. Atuk balik kerja, nenek pula tengah bermain tali getah dengan kawan-kawan. Masak? Memang ke laut. Semua atuk yang uruskan. Sampailah nenek sudah berakal, barulah nenek menggalas tanggungjawab pelahan-lahan.

Hakikatnya, memang lelaki perlu lebih bersedia dari perempuan bila berkahwin. Sebab hakikatnya perempuan memang lambat matang. Jika disebabkan ketidaksempurnaan adalah lesen untuk penceraian, nenek sudah layak sangat-sangat menjadi janda.

Tetapi Alhamdulillah, sehingga nafas nenek yang terakhir, atuk adalah lelaki pertama dan terakhir untuk nenek. Meskipun atuk meninggal 23 tahun lebih awal dari nenek.

Dan jika sempurna adalah ukuran penceraian, saya juga layak bergelar janda. Hakikatnya, wanita lambat matang, akalnya pendek. Sebab itu wanita tidak layak menjadi pemimpin mengikut konteks Islam. 

Lelaki adalah makhluk yang dimuliakan Allah dengan tanggungjawab dan amanah. Kerana Allah yaki dengan akal yang dikurniakan buat mereka. 

Penceraian tidak perlu dicari apa puncanya. Ketidaksempurnaan bukan salah satunya. Dalam rumah tangga, yang saya lihat pada atuk, bapa dan suami sendiri, sikap sabar seorang suami yang mampu mengekalkan hubungan itu.

Jika seorang suami benar-benar menyayangi kita sebagai isteri, dia akan sabar dan sabar dan sabar sehingga ke hujung nyawanya yang terakhir. Bukannya menceraikan, melepaskan, menjaja keburukan isteri kepada orang luar hatta mak ayah dan mentua atau menggantikan dengan orang ketiga. Siapa kata sabar ada had. - Siti Aishah | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.