Suami 'Rugi' Jika Isteri Terlalu Rajin


Seorang kawan saya baru berkahwin, berjumpa dengan seorang alim. Ustaz tanya, "Macam mana perkahwinan kamu?"

"Alhamdulillah ustaz. Isteri saya seorang yang taat. Baik sangat, isteri idaman. Semua dia buat di rumah. Makan minum, pakaian dan rumahnya semuanya terurus dan cantik. 

"Dia menjaga saya dengan baik sehingga saya tidak sempat berbuat apa-apa. Dia rajin sangat, untung tak saya ustaz?" soalnya kembali. 

Persoalan lelaki itu membuatkan ustaz tersenyum seketika dan menjawab:

"Sebenarnya, isteri kamu yang untung. Dia bakal menjadi ahli syurga tinggi. Dia hebat, dia tunaikan semua hak kamu.

"Dari cerita kamu, kamu rugi sebab kamu tidak dapat khidmat kepada isteri kamu. Sepatutnya berlumba khidmat, berlumba siapkan sahur, berlumba bangun awal tahajud, berlumba buat baik. 

"Perkahwinan adalah berlumba memberi, buat semua perkara bersama-sama, saling bertolak ansur, berlumba memberi nasihat, berlumba kata 'saya salah', berlumba kata 'I love you', berlumba gembirakan pasangan kerana Allah. 

"Jika orang asyik berkhidmat kepada kita, periksalah, mungkin kita semakin jauh dari kebaikan dan hati yang bersih.

"Jika kita sibuk berkhidmat, itulah jalan Nabi SAW dan sahabat. Orang suka khidmat dapat kasih sayang Allah," - Ustaz Ebit Lew | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.