'Tak Sanggup Tengok Baju Tu, Anak Dah Takde'


Allahuakbar, baru pos barang customer ini semalam. Hari ini dia hantar WhatsApp memaklumkan anak dia sudah meninggal dunia. 

Peringatan kepada diri saya dan anda semua. Mungkin kadang-kadang anak kita nakal, baru tidur 3 minit sudah bangun, jam 2 pagi masih tak mahu tidur, asyik meminta didukung dan bila letak di bawah menangis pula. 

Tetapi ingatlah bahawa anak adalah pinjaman dari Allah. Bila-bila masa Dia boleh mengambilnya kembali dari kita. 



Just enjoy the moment together sebab kita tidak pasti bila kali terakhir kita dapat melihat mereka. Semoga keluarga anak syurga ini tabah menghadapi dugaan ini. Al-fatihah. - Aizzaty Rohshaidah | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.