Takkan Mohon Maaf & Letak Jawatan


KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan yang beliau tidak akan memohon maaf kepada keluarga Aminulrasyid Amzah. 

"Pasal apa pula saya hendak mohon maaf? Saya tidak akan mohon maaf," katanya dalam sidang media pada Perbarisan Hari Polis ke 209 2016 di PULAPOL, semalam. 

"Semua hendak saya letak jawatan. Setiap kali minta saya letak jawatan. Dia bukan saya punya tauke," katanya yang mengulas kenyataan Azmin yang mahu beliau bertanggungjawab di atas perbuatannya. 

Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Khalid bersalah dan memerintahnya membayar ganti rugi RM100,000 bagi kemungkiran awam yang dilakukan oleh Khalid yang pada ketika itu menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Selangor. 

Ini berikutan kenyataan Khalid yang dibuat sehari selepas kematian Aminulrasyid dengan mendakwa polis menemui sebilah parang dan mendakwa Aminulrasyid cuba melanggar kereta polis, lapor Free Malaysia Today.

Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dalam penghakimannya menyebut Khalid mengadakan sidang akhbar bertujuan cuba menutup kesalah yang dilakukan oleh Jenain.

Keluarga Aminulrasyid semalam menerima ganti rugi berjumlah RM414,800 selepas Mahkamah Tinggi membenarkan tuntutan saman yang dikemukakan mereka terhadap polis dan kerajaan.

Pada 26 April 2010, Koperal Jenain Subi telah melepaskan tembakan ke arah kereta yang dinaiki oleh Aminulrasyid di Shah Alam. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.