Taraf Pendidikan Rendah, Punca Kos Sara Hidup Tinggi


KUALA LUMPUR - Majoriti rakyat Malaysia mendakwa perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah menyebabkan peningkatan kos sara hidup tinggi. Bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula berkata, peningkatan itu disebabkan oleh taraf pendidikan rakyat yang masih rendah menyebabkan pendapatan mereka terhad.

"Salah satu daripada punca besar tekanan dari kos sara hidup ini ialah kerana taraf pendidikan sebahagian besar rakyat yang masih pada peringkat rendah. 

"Maknanya kalau kita setakat ada SPM sahaja, tiada sarjana, diploma dan kemahiran tertentu, kita tidak boleh dapat pekerjaan yang memberikan pendapatan yang lebih baik," katanya di parlimen hari ini, memetik dari laporan Astro Awani.

Tambah beliau, kerajaan perlu meningkatkan jumlah rakyat Malaysia yang mempunyai taraf pendidikan lebih tinggi berbanding sijil SPM. 

"Kos sara hidup banyak bergantung kepada cara hidup yang kita jalankan. Kita mahu rakyat jalankan standard hidup yang tinggi. Tetapi impian mereka terlalu tinggi sehingga berbelanja di luar kemampuan yang juga menyebabkan kos sara hidup tinggi," katanya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.