'Tolong Boss! Allah!'


PULAU PINANG - Video seorang wanita berusia lewat 20'an dipukul dengan paip getah tanpa hanti tersebar di media sosial sejak semalam. 

Video berdurasi 37 saat yang dirakam di pusat Snooker itu menunjukkan seorang wanita dipercayai warga tempatan dipukul menggunakan paip getah oleh seorang lelaki sambil perbuatannya itu dirakam oleh rakannya. 

Dalam video tersebut, mangsa dipukul tanpa henti di badannya meskipun merayu beberapa kali meminta lelaki itu berhenti memukulnya. 

"Tolong! Tolong! Allah!" kata mangsa. 

"Saya tak boleh cakap apa, you orang kasi saya buang kerja. Saya buat kerja saja," kata lelaki yang merakam video berkenaan.

Menurut sumber, mangsa dipercayai mempunyai hutang duit dengan mereka. Namun mangsa gagal membayar menyebabkan mereka mengambil tindakan memukul mangsa dengan paip getah. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.