Tuhan Tidak Pernah Suruh Naik/Turunkan Harga Barang


KUALA LUMPUR - Tuhan tidak pernah menyuruh sesiapa menaikkan atau menurunkan harga barang, demikian jawapan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di parlimen hari ini.

"Saya nak beritahu, Tuhan tidak pernah menyuruh sesiapa naik harga atau turun harga barang. Mana-mana pihak yang menaikkan harga barang adalah individu yang tidak percaya kepada tuhan. 

"Yang masalahnya sekarang, mereka yang tidak percaya pada Tuhan akan selalu menaikkan harga, yang percaya pada Tuhan selalunya akan mengikut amalan-amalan yang beretika dan tidak akan naikkan harga," katanya.

Hamzah berkata demikian, menjawab soalan Tan yang bertanya apakah harga barang yang naik merupakan 'ketentuan Tuhan'. 

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong)  yang bertanya sama ada harga barang yang naik merupakan 'ketentuan Tuhan'.

Terdahulu, Exco Pemuda UMNO, Fathul Bari Mat Jahya, pada September 2013 pernah menyatakan bahawa harga barang naik adalah ketetapan Allah, - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.