Ukur Saiz Pinggang Dengan Kertas A4 Kini Trending


BEIJING - 'Pinggang A4' merupakan trend terkini bagi wanita China membandingkan saiz pinggang mereka dengan sehelai kertas A4.

Trend pelik di media sosial ini melibatkan wanita memegang sekeping kertas berukuran A4 yang mempunyai lebar 21 sentimeter terhadap badan yang menunjukkan bahawa saiz pinggang mereka sama atau lebih kecil dari kertas tersebut.



Meskipun trend ini dianggap pelik dan tidak masuk akal, namun sambutannya di media sosial amat meluas. 

Ramai wanita yang berkongsikan gambar diri mereka dengan meletakkan sehelai kertas A4 di depan atau di bahagian belakang pinggang hanya semata-mata mahu menunjukkan yang mereka lebih ramping dari saiz lebar kertas A4 tersebut. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.