(Video) Kanak² 7 Tahun Dilarikan Pasangan Yang Tidak Dikenali


KUCHING - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun dilarikan oleh seorang lelaki dan perempuan di Jalan Astana, Petra Jaya, semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari semalam, Haiqal Haqimi Suhini dilarikan ketika bermain di perkarangan rumah neneknya, lapor Berita Harian

Video rakaman CCTV di sebuah premis berhampiran menunjukkan Haiqal dihampiri oleh seorang wanita bertudung yang membawanya ke bahu jalan sebelum menahan sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki yang kemudian membawanya pergi entah ke mana.


Andai kata org yg mbak haikal ya bniat nk tlg sila hubungi kmk org segera k..kmk org sekeluarga tgh tggu Haikal..video tok mungkin xberapa jelas...siapa2 yg ada maklumat sila hubungi kmk org segera...makseh..
Posted by Bella Luna Shaimi on Monday, March 28, 2016
Kehilangan Haiqal itu disedari oleh keluarganya tidak lama kemudian. Bapanya, Suhini Abdullah, 36, membuat laporan polis pada jam 9.45 malam tadi selepas menerima salinan rakaman CCTV tersebut. 

Difahamkan, polis kini sedang giat mengesan dua suspek berkenaan. 

Sementara itu, ahli keluarga dan saudara mangsa giat memohon bantuan orang ramai mengesan kanak-kanak terbabit.

"Andai kata orang yang membawa Haiqal itu berniat mahu menolong, sila hubungi saya dengan segera. Kami sekeluarga sedang menunggu Haiqal. 

"Video ini mungkin tidak berapa jelas. Sesiapa yang ada maklumat, sila hubungi kami segera," kata Bella Luna Shaimi.

Menurut Bella, kanak-kanak itu dihantar ke rumah berkenaan oleh ibunya sebelum pergi ke klinik.

"Mungkin dia ingat tiada orang di rumah itu, jadi dia keluar dari rumah dan pergi di depan pondok tersebut. Tiba-tiba dia dihampiri oleh perempuan yang tidak dikenali," katanya.


Bella juga menafikan dakwaan Mohd J-Mie yang kononnya kanak-kanak itu telah ditemui.

"Tolong jangan sebar berita palsu. Haiqal masih belum ditemui. Ini bukan masalah keluarga atau pergaduhan suami isteri," katanya.  - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.