'4 Tahun Angah Dipenjarakan Atas Kesalahan Yang Tidak Dilakukan'


Kira-kira empat tahun yang lalu, angah saya telah ditahan dan dimasukkan ke penjara atas kesalahan yang tidak dilakukan. Kami lawan, tujuh kali naik turun mahkamah. Bagi semangat pada dia, tetapi kami tewas juga. 

Kami tiada pilihan selain menerima dia dimasukkan ke penjara hanya kerana kami bukanlah orang yang berada. Kami tidak dapat menegakkan kebenaran hanya kerana kami orang biasa. 

Kami tidak dapat menegakkan kebenaran 'Hanya Kerana' tetapi itulah kenyataan duniawi. "Kau jatuh, aku pijak kau lagi," That is the words. 

Bukan mudah nak memulihkan semula keadaan. nak-nak lagi bila kau tahu yang abang kau hidup dalam penjara dan kau pun faham keadaannya macam mana. Dan kau cuma boleh tengok dia dalam cermin dan cakap melalui telefon untuk 45 minit sekali dalam sebulan. 

Kau cakaplah apa yang kau nak cakap. Ceritalah secepat yang boleh dan pass pada keluarga kau yang lain pula untuk on the phone dengan dia. Letaklah tangan kau di cermin itu untuk rasa panas tangan abang kau yang ada di sebelah dalam untuk menggantikan peluk cium seperti sebelum ini.

Nak cerita banyak pun, banyak dah hilang dari memori. Kepala terhentak kuat sangat semasa kemalangan tempoh hari. Mungkin memori tercicir di jalan. Biarlah tercicir, eloklah. Tak nak ingat dah sakitnya kehilangan angah. 


25 April, Angah dibebaskan. Masa nampak Angah, semua dah berlari pergi pada Angah dengan air mata berjurai-jurai. Fuhh! Tapi semua kalah, abah orang pertama yang tunggu Angah di depan pagar. 

Saya tak mahu cerita dah, cukuplah penantian ini. Mata saya dah puas masuk habuk. Ini pun saya dah sedut guna vakum. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. - Azzahara Husain | PIXEL MEDIA














No comments

Powered by Blogger.