'Alahai Bodohnya Fesyen Baju Melayu Camni Siap Dedah Aurat' - Netizen


KUALA LUMPUR - Pereka Anuar Faizal dikecam netizen kerana memuat naik beberapa gambar di Instagram, koleksi busana rekaannya sempena Aidilfitri akan datang yang didakwa mendedahkan aurat, selain tidak menghormati bulan Syawal. 

Koleksi yang dinamakan Eid itu, diperaga oleh beberapa model yang hanya memakai seluar, sementara badannya terdedah. 

"Raya 2016 tak ada baju. 2017-2018, pakai spender dan bikini sahaja. Yang penting, selitkan warna-warna Aidilfitri," kata abam_ad96. 

"Eid apa? Bodoh! Aurat pun nampak. Model cuma nak tunjuk sampin sajalah. Ada ke orang nak pakai macam model itu?" kata Sufeanaramzeid.

"Sumpah bodoh siapa yang mereka baju seperti ini," kata Faizulfakar. 


Bagaimanapun, Anuar memberikan penjelasan berikut.

"Ini design seluar yang dipakai bersama set baju kami. Tujuan peragaan tidak berbaju adalah untuk menonjolkan seluar yang lengkap dengan potongan slacks, poket di kiri kanan dan ada getah di belakang pinggang untuk memudahkan pergerakan solat," jelasnya yang juga mengucapkan terima kasih kepada yang memberikan komen kerana prihatin. 

Meskipun begitu, netizen tidak dapat menerima alasannya itu. 

"Kalau pakai baju, atleast tuck in dah boleh menunjukkan cuttin seluar. Mungkin boleh diperbaiki untuk masa akan datang," kata Naemroy. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.