Alhamdulillah, Kyra Selamat Ditemui


KUALA LUMPUR - Puteri Nurkyra Izam, 12, yang dilarikan oleh seorang wanita warga Indonesia dari rumahnya pagi tadi, telah selamat ditemui oleh ahli kariah masjid berhampiran Masjid Al Rahman Jalan Pantai Baharu, 9.30 malam tadi. 

Kanak-kanak terbabit ditemui bersama dengan wanita berkenaan. Mangsa telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan, manakala wanita terbabit ditahan oleh pihak polis, lapor Harian Metro. 

Dakwa bapa mangsa, Badrol-Izam Baharom, 46, mengesyaki wanita terbabit telah mengajar anaknya membuat nota palsu kononnya pergi mengikut wanita itu secara sukarela sebalum melarikan diri. 

Difahamkan, wanita itu menumpang di rumah Badrol sejak dua minggu lalu buat sementara waktu dan bercadang mahu menghantarnya ke Kedutaan Indonesia hari ini. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.