Anak Beranak Kantoi Curi 17 Paket Nescafe

Gambar hiasan sahaja

KAMPAR - Seorang suri rumah dengan anak perempuannya yang juga seorang pelajar universiti awam ditahan kerana dipercayai mencuri 17 bungkus Nescafe di sebuah pasar raya, Jalan Kuala Dipang, jam 2.30 petang, semalam.

Lapor Harian Metro, gadis berusia 22 tahun dan ibunya 56 tahun itu menjelaskan mereka terpaksa mencuri kopi pracampuran itu kerana kesempitan hidup. 

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Ng Kong Soon berkata, pihaknya menerima aduan dari penyelia pasar raya tersebut yang mendakwa 17 bungkusan Nescafe Classic Arabica dan Robusta Blend, hilang. 

Perbuatan dua beranak itu juga turut dirakam oleh CCTV pasar raya itu. Berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan suspek, salah seorang daripada mereka berjaya dihubungi. 

Ekoran itu, suri rumah, suami dan anak mereka tampil menyerah diri dengan membawa 16 barang kes di Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar, pada jam 6.20 petang. 

"Mereka mengaku melakukan jenayah itu kerana tidak cukup wang untuk menampung perbelanjaan harian anak di universiti awam di Shah Alam," kata Kong Soon. 

Dua beranak itu ditahan reman beberapa hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.