'Anak Dia Dibenarkan Mandi Kolam Pakai Diapers, Kenapa Anak Saya Tak Boleh?'


Tahukah anda tentang benda ini? Baik, saya bukan mahu mempromosikan atau menunjuk-nunjuk. Kejadian hari ini selepas membawa Khaleel mandi kolam, banyak yang saya pelajari. Bukan belajar berenang, tetapi belajar bagi ilmu pada orang lain.

Ini kali kedua bawa Khaleel mandi di kolam awam berbayar (RM1). Ditahan oleh Life Guard sebab Khaleel pakai diapers ini. Jadi saya terangkan kepada beliau bahawa ini ialah diapers khas untuk kanak-kanak berenang. 

Beliau belek punya belek, sebab tak pernah jumpa diapers sebegini sebelum ini, katanya. Jadi, kami pun dilepaskan. 

Selesai mandi manda, naiklah ke atas dan tukar pakaian. Life Guard tadi datang pada kami dan meminta maaf sebab ada pengunjung kolam yang lain sudah complaint.

"Anak dia pakai diapers tak boleh, kenapa anak orang itu pakai diapers boleh pula?" 

Jadi, saya faham dan bila sudah siapkan diri, kami pun berboraklah dengan beliau dan pengawal keselamatan di situ. 

Okay, ini ayat mak naik hangin. 

"Kalau tak pasti, tanya dulu pada saya. Contohnya, 'akak, anak akak pakai apa ye?' Dan barulah kau sembur pihak pengurusan kalau betul anak aku pakai diapers biasa! Ini tidak, kau pergi complaint di office mereka buat apa?," kata saya padanya. 

Nama saja tinggal di Putrajaya, acah-acah berlagak bawa anak swimming. Telefon pun nak smart saja, kuat main Facebook tetapi bodoh. Swimming diapers pun tak kenal. 



Maaf, saya faham tak semua orang tahu tentang swimming diapers. Tetapi apa gunanya smartphone di tangan 24 jam? Googlelah! Nak bawa anak mandi manda di tempat awam tetapi tak nak terkena jangkitan penyakit. Nah, inilah caranya. 

Daripada membiarkan anak-anak entah bila waktu mereka 'melepas', kan dah susah? Ada otak, pakai. Ilmu perlu dicari dan dikunyah cukup-cukup barulah senang hadam. 

Saya tahu tentang diapers ini sebab hari itu Khaleel pernah pergi Baby Spa. Dari situlah saya belajar. Bukannya nak berlagak hebat ke apa, semua orang mampu. Yang penting adalah, ilmu. 

Kepada ibu bapa yang complaint itu, harap belajarlah. Tak kiralah anda kerja gred N ke, M ke, jangan cepat viralkan kebodohan masing-masing. 

Belajar tak adalah tinggi mana, degree saja. Tetapi jadi surirumah sepenuh masa. Bukan nak riak, cuma jangan pandang sebelah mata orang berpelajaran tetapi tak dapat kerja. Rezeki masing-masing, ilmu pun rezeki kena kongsi. - Khairul Rasyiqah | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.