'Baik Beritahu Siapa, Kalau Tak Aku Sepak Kau Di Sini!'


Tengah memandu kereta nak balik ke rumah, buka radio Era.fm dan saya rasa over sensitif sungguh dengar segmen 'Prank Call' yang dikendalikan oleh Shahrol (Shiro) Tauke (Jambu) dan Dina Nazir. 

Situasinya begini:

Shahrol call seorang perempuan yang sudah berkahwin dan berpura-pura kata yang perempuan itu nak ajak dia makan. 

Si suami terdengar suara isteri dia, terkejut dan lalu bertanya siapa yang call ini? Si isteri yang kehairanan jawab tak tahu. Terus si suami mengambil telefon dan berkata,

"Siapa kau!? Call bini aku nih!" 

"Wife kau yang contact aku dulu!" kata Shahrol.

Si suami pun cakap pada isterinya, "Baik beritahu siapa, kalau tak aku sepak kau di sini!"

Allah! Bila aku dengar ayat ini keluar dari mulut seorang lelaki, dayusnya aku rasa kau! Sorry, saya dibesarkan dengan lelaki-lelaki yang tidak pernah naik tangan pada saya. Bila saya dengar, saya rasa sungguh menyirap adalah. 

Era.fm, kalau nak buat prank call, tolonglah jaga sensitiviti orang. Apa kau rasa kalau kau berada di tempat isterinya? Bengang? Takut? Semua ada. Nak buat lawak bukan maksud kena memperbodohkan orang dan buat orang bergaduh. Tolonglah. Terasa bengang sungguh sekarang. 

Producer, semaklah content bila nak on air. Saya percaya yang itu dia record awal. Jadi kalau awak jenis tak ada hati perasaan, itu yang awak biarkan saja. - Nur Nabila | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.