Baru 'Tersedar Dari Mimpi', MAS Henti Hidang Minuman Alkohol


SEPANG - Penumpang kelas perniagaan Malaysia Airlines Bhd (MAB) tidak akan dihidangkan dengan minuman alkohol dalam penerbangan jangka masa pendek, kurang dari 3 jam. 

Dalam kenyataan MAS kepada The Malay Mail Online, MAS tidak akan menghidangkan lagi minuman itu kerana akur pada 'pilihan majoriti penumpang' semenjak awal Januari 2016. 

"Kami merupakan syarikat penerbangan kebangsaan untuk sebuah negara majmuk dan berbilang agama, dan sebagai gerak balas kepada pilihan majoriti penumpang, kami tidak lagi menghidangkan minuman beralkohol untuk penerbangan yang kurang dari tiga jam mulai 1 Januari 2016. 

"Oleh kerana penerbangan kurang dari tiga jam yang kebanyakannya mengandungi pelanggan dari Malaysia, dasar ini akan disambut baik. 

"Bagi penerbangan yang melebihi 3 jam, kami mempunyai profail pelanggan yang lebih luas dan bagi memenuhi kehendak profail ini, minuman beralkohol akan tetap dihidangkan tanpa sebarang perubahan dasar," kata kenyataan itu. 


MAB membuat pendedahan itu selepas seorang penumpangnya, Geoff Siddle, 48, yang telah menetap di Malaysia selama 20 tahun, mendakwa permintaannya untuk dihidangkan minuman alkohol dlaam perjalanan ke Phuket, Thailand telah ditolak meskipun menaiki kelas perniagaan. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.