Berang Anak Gagal Satu Subjek, Bapa Rotan Sampai Lebam


ISKANDAR PUTERI - Gara-gara gagal satu subjek dalam peperiksaan, seorang bapa tergamak merotan anaknya sehingga meninggalkan kesan lebam di bahagian peha dan lengan tangan kirinya. 

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata, mangsa hadir ke sekolah (SJKC) dengan kesan lebam di tubuhnya. 

Guru yang menyedari perkara itu memaklumkan terus kepada pengurusan sekolah dan mangsa dirujuk ke sebuah hospital awam untuk rawatan. 

Pihak sekolah juga memaklumkan perkara itu kepada JKM sebelum membuat laporan polis. 

Hasil siasatan mendapati, bapa kandung mangsa yang juga warganegara Singapura itu bertindak merotan anaknya kerana berang mangsa gagal satu subjek peperiksaan. 


"Mangsa dirotan oleh bapanya sebagai hukuman kerana gagal kertas ujian bagi satu subjek. Perbuatan itu melampau kerana menyebabkan mangsa menanggung penderitaan dan meninggalkan kesan lebam pada badannya selain menyebabkannya trauma," katanya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.