'Bila Berdoa, Mereka Baring Di Riba Aku'


Jalan-jalan di shopping mall hari ini, terserempak dengan kawan lama yang sudah 15 tahun tidak berjumpa. Dia jalan dengan sepasang suami isteri berbangsa Inggeris yang sudah tua tetapi masih sihat. 

Bila duduk minum dengan kawan lama itu, dia pun bercerita. 

"Dulu, masa aku di United Kingdom, aku duduk homestay dengan pasangan inggeris ini. Mereka tiada anak, jadi bila aku datang, mereka sayang sangat pada aku.

"Bila aku solat, mereka suka datang tengok, duduk di sebelah aku. Bila time aku angkat tangan nak berdoa selepas solat, mereka baring di riba aku. Jadi, aku pun bacalah doa dalam bahasa inggeris, bagi mereka dengar. Aku doakan mereka gembira, sihat dan panjang umur.

"Aku sendiri memang anak yatim. Mereka jadi ibu bapa aku. Bila aku habis belajar, aku nak balik ke Malaysia. Mereka mengajak aku terus tinggal bersama mereka di UK sebab mereka mahu aku menjadi anak angkat mereka. 

"Aku kata, walaupun aku anak yatim tetapi aku masih ada datuk nenek dan saudara mara. Jadi mereka pun ikut aku balik ke Malaysia.

"Selepas beberapa tahun di Malaysia, mereka masuk Islam dan menjadi ibu bapa aku. Sampai sekarang ini, setiap kali aku nak berdoa selepas solat, mereka suka baring di riba aku dan dengar aku mendoakan mereka," ceritanya. 

Syukur alhamdulillah, dengan akhlak mulia dan kasih sayanglah kita berdakwah. Bukan dengan caci maki dan ejek hina. - Theo Yaad | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.