'Bila Masa Aku Beli Emas Sampai Kad Kredit Kena Caj RM8,816.90?!'


Al kisah cerita tengah hari semalam sewaktu aku sedang seronok makan tengah hari, aku dapat satu sms seperti yang ditunjukkan dalam gambar. 

Aku jenis yang suka menyimpan sms-sms seperti ini. Yalah kan, untuk tujuan rujukan di masa akan datang. Sekurang-kurangnya ada bukti. 

Habis saja membaca mesej itu, terkejutnya aku. Mana tidaknya, seingat aku, aku pernah ada kad kredit CIMB dulu, tetapi sudah bertahun lamanya aku batalkan. Dari mana pula datangnya kad kredit CIMB yang baru ini? Siap dengan penggunaan di Poh Kong Kuala Lumpur. RM8,000 lagi tu.. Wowww! 

Terus aku dail nombor yang disertakan dan kedengaran operator CIMB menyambut panggilan.

"Welcome to CIMB bla..bla.. bla.. Press 1 for English... bla..bla..bla..," 

Sampailah ke operator CIMB, terus aku melaporkan tentang sms yang diterima. Operatur membuat pengesahan nombor telefon. Selepas diberi, dia terus menyebut nombor kad pengenalan aku dengan tepat sekali, padahal aku belum sebut lagi. Jadi, aku yakin yang aku tak silap nombor. 

Tanpa berlengah lagi, teruskan inquiry berkenaan sms yang diterima tadi.

"Saya memang tak ada apply apa-apa kad kredit dan hanya ada satu sahaja kad kredit buat masa ini. Itu pun bukan CIMB,"

Terus operator itu meminta aku menuliskan detail kad yang dia akan berikan. Dalam keadaan serabut, aku tuliskan detail kad yang dia akan berikan. Nombor 16 digit hadapan kad, limit approve (RM15,000 okay!), balance terkini RM4,000 bla..bla..bla.. 

Aku memang syak ada orang guna nombor kad pengenalan aku untuk apply kad kredit. Aku takkan teragak-agak untuk memfailkan saman terhadap CIMB sekiranya perkara ini benar-benar berlaku. Terus aku meminta bantuan cik operator itu untuk block kad kredit itu. 

Kalau benar kad kredit CIMB itu limit RM15,000, + existing kad aku pun limit yang sama, total RM30,000! Boleh jadi gila aku selepas itu. Hishh!

Aku sempat bertanyakan mereka bagaimana perkara ini boleh berlaku, sedangkan pihak bank amat berhati-hati dalam memberikan kelulusan permohonan kad kredit. 

"Kad encik dipohon pada 7 Januari 2016 dan diluluskan pada 28 Januari 2016," katanya.

"Mustahil! 7 Januari saya berada di Korea. Saya ada bukti kalau cik nak," aku dah mula bising. 

Dalam otak aku pada ketika itu memang nak saman CIMB sekiranya benda ini benar-benar berlaku sebab ini melibatkan kesialpan mereka. Kaya aku. 

Aku ada juga bertanya, kalau benar kad itu diluluskan, kenapa saya tak menerima penyatanya? Terus aku minta dia nyatakan alamat mana yang si polan gunakan untuk daftar kad kredit itu. 

"No 42, Desa Sri Hartamas..." 

Oi gila apa?! Aku orang Sarawak dan tidak pernah tinggal di semenanjung. Kalau travel, selalulah. Aku dah mula syak yang bukan-bukan. 

Terus dia menenangkan aku dan memberi aku langkah-langkah seterusnya. Selesai saja, aku rasa lega sikit sebab menyangka CIMB telah membantu aku.

Alhamdulillah, Allah bukakan hati aku untuk pergi ke cawangan CIMB terdekat untuk membuat semakan sekali lagi. Tahu apa hasilnya? CIMB kata nombor yang aku hubungi itu bukan kepunyaan CIMB. 

"What the....???!!!"

Siasat punya siasat, rupa-rupanya itu scam! Seriousy!? Aku hampir-hampir tertipu dan mujur nasib menyebelahi aku sebab tak beri maklumat-maklumat peribadi yang lain sewaktu aku mula-mula call nombor yang tertera dalam mesej itu tadi. 

Malam tadi, aku cuba menghubungi nombor itu lagi. Tahu apa jawapan mesin itu?

"Welcome to UOB contact Centre.."

Relaks-relaks saja CIMB menjadi UOB. Korang cubalah hubungi nombor itu kalau masih wujud. Entah-entah esok dia jadi Bank Negara pula. 

Berhati-hatilah dengan apa yang kita terima terutamanya dari sms/panggilan. Nampak menyakinkan. Seperti kes aku, aku dapat dari 68886. Menyakinkan tak? Kalau aku lurus bendul, aku rasa dah habis info peribadi aku beri pada mereka. 

Semoga peringatan ini memberi manfaat buat anda semua. Zaman teknologi sekarang, apa-apa pun boleh terjadi. - Mukmin | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.