'Bola Punya Pasal'


SELAYANG - Apalah nasib, cermin kereta pecah gara-gara kebongokan penyokong sukan bola sepak yang tidak bertamadun. 

Itulah yang dihadapi oleh seorang pengawal keselamatan yang terpaksa menanggung kerugian yang dianggarkan RM400, cermin depan kereta Proton Saga klasiknya pecah ditimpa pintu pagar Fama yang dirobohkan oleh penyokong bola sepak dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Selayang, antara Perak menentang Kuala Lumpur, 2 April lalu. 


Mohd Faizal, memuat naik beberapa gambar dengan kapsyen yang meminta pelakunya tampil memohon maaf kepada pemilik kenderaan tersebut.

"Kepada yang berkenaan, bawa-bawalah datang kembali ke FAMA Selayang untuk minta maaf jika tidak mampu memberi ganti rugi. 

"Abang guard itu mencari rezeki halal, korang bawa bala pada dia atas sebab bola sepak punya pasal? Perlawanan di antara Perak dan Kuala Lumpur, kepada penyokong yang merobohkan pagar ini, diharapkan anda dapat berjumpa kembali dengan abang guard ini.

"Saya sangat bersimpati dengan keadaan dia sebentar tadi. Saya nampak dia melekatkan plastik pada cermin hadapan kereta dia. Bayangkan jika itu ayah anda?" katanya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.