Budak 7 Tahun Maut Dipatuk Ular


KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun, maut dipercayai dipatuk seekor ular di bahagian betis kiri di perkara Sekolah Kebangsaan Dato Hashim 1, Pengkalan Chepa, jam 10.30 pagi tadi, lapor Harian Metro.

Mangsa, Nuri Nadirah Ruslan, menghembuskan nafas terakhirnya ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa. 

Difahamkan, mangsa bermain dengan rakannya di kawasan sekolah ketika waktu rehat sebelum kejadian yang tidak diingini itu berlaku. 

Ibu mangsa, Wan Nor izzatul Azwana Wan Mohamad, 28, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian malang yang menimpa anaknya itu ketika dia sedang bekerja. Ibunya terus bergegas menemui anak sulungnya itu. 

"Saya bergegas ke Klinik Kesihatan pengkalan Chepa dan melihat anak saya sudah tidak sedarkan diri lagi," katanya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.