Cara Bayar Hutang PTPTN Dalam Masa 5 Tahun


Saya kongsikan cara membayar pinjaman PTPTN RM24,000 kena bayar RM28,000 (RM27,000 lebih). Bayar dalam tempoh lima tahun sahaja. Sila sebarkan agar pelajar yang meminjam PTPTN tahu. 

Mungkin ada yang mampu membayar bagi tempoh 15 tahun. Bagi yang sanggup dengan tempoh lama itu, tak apalah. Saya kongsikan bagi mereka yang berminat menyelesaikan hutang PTPTN lebi hawal.

Ada dua cara, tetapi konsepnya masih sama. Gunakan dua syarat ini:

  1. Disiplin
  2. Money Management
Mudah saja. Kaedah membayar hutang pinjaman pendidikan PTPTN ialah, simpan Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Tabung Haji (TH), itu saja. 

Okay, sebagai contoh pinjaman berjumlah RM28,000 dulu untuk pelajar IPTA. Cuba peruntukkan RM500 setiap bulan untuk komitmen ini. (Boleh kurang dari jumlah RM500, tetapi tempohnya akan menjadi lebih dari 5 tahunlah untuk selesaikan pinjaman PTPTN). RM180 untuk bayar PTPTN, manakala RM320 untuk simpanan ASB. 

Sebab apa simpan ASB (atau Tabung Haji)? Dengan andaian:

7% tiap tahun dividen RM320 x 12 bulan x 5 tahun x 7% setahun = RM20,544. 

Ini saya kira simple, bukan secara compound. Itu yang pertama. 

Untuk pembayaran PTPTN, RM180 ini jangan sesekali terlupa atau terlepas bayar kerana akibatnya kelak akan adanya pembayaran tertunggak yang mana caj interestnya lain.

RM180 untuk 12 bulan, dalam masa 5 tahun bersamaan dengan RM10,800. Ini simple interest, bukan cara pengiraan yang sebenar. Boleh rujuk jadual poembayaran balik. Dan seperkara lagi, ini tidak termasuk diskaun bila peminjam buat pembayaran awal dan ada rebat. Itu saya tak ambil kira. 

RM28,000 yang anda hutang, RM10,800 jumlah bayaran bulanan selama 5 tahun, RM20,544 duit simpanan ASB atau TH. 

RM20,544 - RM17,200 (RM28,000 - RM10,800) = RM3,344

Ada lebihan RM3,000 ini boleh disimpan. Sekali lagi diingatkan bahawa ini adalah kiraan simple interest. Kalau nak lebih tepat, boleh rujuk jadual pembayaran balik PTPTN. 

Aku tak ada ilmu lain yang aku boleh kongsi. Kalau ilmu ini boleh tolong korang di dunia, aku harap doa korang untuk aku di akhirat. InshaAllah. - Alia Syahiraa | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.