Chyna (WWE) Meninggal Dunia


CALIFORNIA - Bekas ahli gusti wanita dan pelakon, Chyna, dilaporkan telah meninggal dunia di usia 45 tahun. 

Mayat Chyna atau nama sebenar, Joanie Laurer, ditemui di atas katil rumahnya di Redondo Beach, California. 

Lapor TMZ Sports, kematian bekas ahli gusti wanita itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pengambilan dadah secara berlebihan. 

Kematian Chyna itu dikaitkan dengan dadah kerana mangsa sememangnya pernah mempunyai sejarah mengenainya. 

Menurut sumber, tiada sebarang perkhabaran mahupun kelibatnya dalam beberapa hari yang lalu menyebabkan rakannya datang melawat ke rumah. Namun, terkejut apabila menemui Chyna terbaring kaku di katil biliknya. 

Sepanjang karier bersama WWE, Chyna merupakan wanita pertama yang menyertai acara Royal Rumble selain menjadi ahli dalam D-Generation X. Namun, mengundur diri dari arena itu dan menjadi model bagi majalah Playboy, sebelum menyertai bidang penyiaran sebagai peserta siri realiti televisyen. 

Chyna juga pernah menjadi pelakon filem lucah dan muncul dalam enam filem antara 2004 hingga 2013. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.