Cubaan Bunuh Komando, Tangan Digari Dengan Kaki Kiri


MELAKA - Seorang anggota Rejiman 11 Gerak Khas ditemui oleh orang awam dalam keadaan tangan bergari, dipercayai cuba dibunuh oleh sekumpulan lelaki.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan pulang dari Markas Rejiman pada jam 1 pagi dengan menaiki motosikal telah ditahan di kawasan gelap oleh sekumpulan lelaki. 

"4 orang lelaki telah menahan mangsa dan memukulnya dengan kayu. Mangsa pengsan di tempat kejadian dan dibawa ke tempat lain menggunakan kereta. 

"Setibanya di Krubong, mangsa cuba dilemaskan tetapi gagal kerana terdapat orang awam yang sedang memancing berdekatan. 

"Tangan mangsa kemudian digari dengan kaki kiri dan seterusnya dibawa ke Sungai Timun Rembau untuk dibunuh. Bagaimanapun mangsa bernasib baik kerana masih hidup dan ditemui oleh orang awam di sekitar kawasan berhampiran," kata sumber. 


Susulan itu, orang awam membuat laporan polis dan mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan. Mangsa kini berada dalam keadaan stabil. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.