'Dengan Melayu Cakap Melayulah, Jangan Ngengada Nak Speaking'


Kadang-kadang ketawa seorang diri bila baca status-status di laman Facebook. Paling-paling yang cikgu-cikgu ini bukan main lagi speaking London (english), macam dah tak reti nak berbahasa Melayu. Sesama orang Melayu pun nak 'dispeakingkan' juga. 

Tetapi saya sangat bangga dengan geng-geng saya walaupun mereka ini doktor, jurutera, peguam, arkitek. Bila kami lepak di kedai mamak tepi jalan, kami 'berhang aku' saja pun. Di Facebook pun begitu juga. Silap haribulan orang ingat kitorang ini surirumah tangga sepenuh masa. Tak pun ahli mesyuarat tingkap tak over tak sah. Padahal kami-kami ini berkerjaya yang first class. 

English, jangan cakaplah. Memang A+++++ tetapi kitorang sangat-sangat merendah diri. Bukannya nak riak tetapi itulah hakikatnya. Ramai yang saya jumpa dan baca di Facebook para cikgu ini ranggi tak bertempat. 

Saya bukan tak reti nak speaking London di Facebook ini tetapi lebih kepada menghormati kawan-kawan yang agak kurang berbahasa inggeris agar mereka tidak terasa diketepikan, itu saja.

Jadi, mereka yang bergelar cikgu-cikgu ini, tak payahlah nak mengada-ngada sangat. Rasa hebat ke cikgu? Dengan Melayu, cakap Melayu la. Lainlah dengan bangsa asing, suka hati koranglah. Bangsa asing pun berbahasa Melayu macam air, malulah sikit. - Fazuhakaifa

Bagaimanapun, netizen mengkritik tindakan Fazuhakaifa yang dilihat cuba menjejaskan imej guru.


Segelintir berpendapat, tiada salahnya berbahasa inggeris kerana ia merupakan bahasa antarabangsa yang perlu dipelajari dan usah ditertawakan bila ada rakan yang cuba berbahasa inggeris. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.