'Dia Buat Hal Lagi...'


CHINA - Terdesak mahukan wang, seorang lelaki sanggup membogelkan diri dan berpura-pura kelihatan seperti dilanggar sebuah kereta Mercedes-Benz, di bandar Wenling.

Pemuda dari daerah Zhejiang itu sanggup membuka pakaiannya dan berbaring dalam keadaan tanpa seurat benang di hadapan kereta Mercedes Benz itu untuk memeras ugut pemandunya seorang wanita. 

Difahamkan, lelaki terbabit membonceng basikalnya sebelum berpura-pura terjatuh di depan kereta wanita itu. Mujur peka dengan keadaan di hadapan, wanita berkenaan sempat menekan brek. Menyedari kelakuan lelaki itu pelik, dia cepat-cepat mengundurkan keretanya.


Namun lelaki itu pula bertindak membuka pakaiannya dan berguling-guling di depan kereta wanita itu kononnya dia telah dilanggar.

Lelaki terbabit akhirnya ditahan dan dibawa ke balai untuk disoal siasat. 

Siasatan pihak polis mendapati, lelaki berusia 31 tahun dari wilayah Henan itu  mempunyai rekod jenayah yang sama pada awal bulan April ini dan baru saja selesai menjalani hukuman penjara 7 tahun atas kesalahan tersebut.


Terdahulu, seorang wanita warga emas menuntut ibu bapa seorang kanak-kanak perempuan membayar ganti rugi kerana kereta mainan kanak-kanak itu telah melanggar kakinya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.