'Dia Takkan Balas Mesej Ini Buat Selama-lamanya'


Saya punyai tabiat menelefon dan menghantar sms padanya, ada sesiapa yang juga melakukan perkara yang sama? 

Saya tahu yang dia tidak akan pernah menjawab segala panggilan dan sms, mustahil akan berlaku. Tetapi jauh di sudut hati saya berharap saya dapat melihat blue tick pada sms yang dihantar padanya dan mendengar telefon yang berbunyi menerima panggilan daripadanya. 

Adakalanya, saya terlepas cakap, "Oh tunggu, saya tanya Nabil dulu,". Tetapi ianya sungguh menyakitkan hati bilamana menyedari saya sudah tidak dapat bertanya pada dia lagi. Saya tidak dapat jawab panggilan telefon dan memberitahu suami apa yang berlaku atau berkongsikan sesuatu yang menarik telah berlaku. Saya tidak dapat bertanya sama ada dia sudah makan ataupun belum, ke mana dia pergi selepas ini dan bercerita kisah-kisah yang mengelikan hati dengannya. 

Saya selalu berkata, perkara yang kecil seperti inilah yang membuatkan hati menderita. Saya masih ingat, 10 bulan yang lalu pada 24 May, betapa terujanya kami berdua sehari sebelum kami bernikah. Saya ingat lagi, 10 bulan yang lalu dia kerap menelefon dan menghantar sms pada saya dan berkata,

"Akhirnya kita sampai jua ke hari yang dinantikan. Saya tidak sabar menunggu awak menjadi isteri saya. Hanya tinggal sehari saja lagi dan kemudian kita akan bersama buat selama-lamanya," 

10 bulan yang lalu, dialah kebahagian saya dalam hidup ini. 10 bulan yang kemudiannya, dia dikebumikan. Tiada apa yang ditinggalkan kecual memori dan namanya. Tuhan tahu yang saya amat merinduinya. Innahlillahiwainnailayhiraji'oon. Al Fatihah kepada suami saya. - Nabil Hussaiin | PIXEL MEDIA

1 comment

Animb Azman said...

terasa sedih baca nukilan ni..semoga Allah merahmati ke ats roh suami puan..
tetibe rasa rindu kat suami..nukilan ni membuatkan kita sedar supaya hargai la org yg kita syg sementara dia masih ade.

Powered by Blogger.