'Duit Abah Tak Cukup, Nanti Kita Datang Lagi Ye Nak'


Dulu semasa saya kecil dalam umur 8 atau 9 tahun, saya sangat suka makan KFC. Arwah abah bawa saya pergi KFC, beli ayam dua ketul ala-carte, tak ada air. Saya nak air, tapi arwah abah kira duit, tak cukup. 

"Nanti kita datang beli lagi ye?" katanya memujuk. Namun saya menangis-nangis sebab tak dapat beli air sekali.

Dua tahun lalu saya bekerja di KFC, benda yang sama berlaku di depan mata. Ada seorang pakcik datang ke kaunter saya, dia kata nak ayam goreng dua ketul, ala-carte. Pakcik itu bawa anak yang berusia lingkungan 8 tahun juga. 

Budak itu minta cheezy wages, tetapi pakcik itu tak endahkan. Pakcik itu kemudiannya mengeluarkan duit RM1 dari pokej baru. Bila dikira-kira, ada RM8, cukup untuk beli ayam goreng dua ketul tetapi tidak cukup nak beli cheezy wages. 

Budak itu menangis-nangis nak juga cheezy wages. Pakcik itu pula cuba memujuknya. Saya yang tidak tahun melihat keadaan itu, saya terus ambil kotak dan bungkusan set dinner 3 ketul ayam, saya tambah lagi seketul ayam, menjadikan jumlahnya 4 ketul. Saya ambil coleslow dengan kentang putar termasuk roti. Air saya bungkus 2, air pepsi dan strawberi. Cheezy wages pun saya bungkukan. Saya bagi pada pakcik itu set dinner dan hulur bungkusan cheezy wages pada adik itu. 

"Tapi saya tak cukup duit," kata pakcik itu dengan nada suara tersangkut-sangkut. Jelas kelihatan di wajahnya rasa bersalah dan malu. 

"Tak apa pakcik, saya belanja dan saya halalkan," kata saya. 

Pakcik itu cium duit dia dan ucap terima kasih banyak-banyak. Dia suruh anak dia salam saya sebelum beredar. Saya terus duduk menyorok di bawah kaunter itu dna menangis sebab saya tidak tahan melihat situasi yang sama.

Semoga anak itu membalas jasa ayahnya di masa akan datang. Untuk set itu, saya dah bayar dan saya tak makan hari itu sebab saya gunakan set makan tengah hari saya diberikan pada pakcik itu. Alhamdulillah. 

Ada yang duduk di sebelah kaunter saya pada masa itu menjadi saksi saya menangis. Saya rindukan arwah abah. - Aishah Hasan | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.