'Gatal Nak Kahwin Awal, Jaga Anak Pun Tak Reti!'


Kecewa, hampa dan remuk sangat-sangat hati saya ini. Saya suri rumah, letih menjaga anak dan suami. Kadang-kadang tidur malam pun tak cukup. Awal-awal pagi lagi dah kena bangun. Anak baru seorang, masih kecil dan fully breastfeed. 

Tengah hari tadi, anak saya menangis tak henti-henti. Macam-macam yang telah saya lakukan unuk memujuknya. Bagi dia tengok Didi & Friends dan macam-macam tetapi tak juga berhenti menangis. Suami saya ada di rumah, tak ambil pusing langsung. 

Tiba-tiba anak saya menangis-nangis sampai muntah-muntah. Suami saya datang dan ambil anak, sambil menengking saya.

"Mak tak guna! Tak reti jaga anak ke?! Sial! Bangang! Bodoh! Babi!

"Itulah nak sangat kahwin! Kahwinlah awal lagi! Lain kali tak payah gatal nak kahwin, tak payah jadi mak, tak payah jadi isteri. Anak menangis pun tak pandai nak pujuk. Dasar mak tak guna! Babi!" tengkingnya pada saya.

Saya tergamam, terkejut, terkedu dan rasa sedih sangat dilemparkan dengan kata-kata seperti itu dari lelaki yang bergelar suami saya. 

Sambil mengelap muntah anak, air mata mencurah-curah membasahi pipi. Hina sangat ke saya di mata dia? Kalau saya mak yang tak guna, saya tak jaga anak saya, saya tak susah payah tidur malam susukan anak. Kenapa suami tergamak buat saya seperti ini?

Saya rasa nak keluar dari rumah ini dan bawa anak saya lari. Biar dia tahu yang saya memang mak dan isteri yang tak guna. Saya sedih sangat, Allah saja yang tahu kekecewaan di hati ini. - KRT | PIXEL MEDIA 

No comments

Powered by Blogger.