Ibubapa Berdosa Tak Beri Anak Suntikan Vaksin - Mufti


KUALA LUMPUR - "Ibu bapa yang sengaja menolak untuk bayi mereka disuntik vaksin sehingga menyebabkan anak menghadapi risiko penyakit adalah berdosa," demikian ditegaskan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, yang juga Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.

Beliau berkata, tindakan ibu bapa itu boleh membahayakan kesihatan anak-anak dan anak-anak orang lain kerana berpotensi untuk dijangkiti penyakit yang sepatutnya boleh dicegah dengan vaksin.

"Golongan yang menolak imunisasi ini berdosa kerana telah melanggar perintah Tuhan supaya bersedia menghadapi perkara-perkara yang merosakkan atau membinasakan," katanya, lapor Berita Harian

Harussani berkata, oleh kerana penyakit itu berbahaya, maka masyarakat wajib bersedia untuk menghadapi atau menyediakan satu cara bagi berusaha mengelakkan kedatangannya. 

Sementara itu, sebanyak 28 kes ibubapa menolak imunisasi kepada anak mereka direkodkan di Kuala Lumpur dan Putrajaya sepanjang tahun lalu. 

Daripada jumlah itu, 24 kes berlaku di Kuala Lumpur. Manakala 4 lagi di Putrajaya dengan majoriti yang menolak vaksin adalah berbangsa Melayu. - PIXEL MEDIA (YouTube Berita Harian Online)

No comments

Powered by Blogger.