'Inilah YB Yang Paling Bodoh!' - Netizen


KUCHING - "Kalau ada terrorist macam mana? Kalau ada kecemasan macam? You tak dapat contact Imigresen Officer? Tak percaya," demikian kata Ahli Parlimen Stampin, Tan Kok Ping (DAP) yang kini viral di media sosial. 

Difahamkan, Kok Ping mahu masuk dan bertemu dengan Pegawai Imigresen yang bertugas, namun dihalang oleh polis lapangan terbang atas sebab kawasan itu merupakan kawasan larangan.

Bagaimanapun, pegawai polis yang bertugas menjelaskan bahawa mereka mempunyai prosedur. Enggan mendengar penjelasan mereka, Kok Ping terus menerus mendesak mereka menghubungi Pegawai Imigresen yang bertugas. 


BREAKING NEWS!SOMBONG MELAMPAU YB DAP STAMPIN TAN KOK PING NI....DI AIRPORT KIA...."You tak faham apa yang saya cakap ni, Saya YB kawasan ini!""Ini kawasan Stampin kah? Ok, biar saya tanya kamu, kawasan ini siapa YB? You cakap pada saya, kawasan ni YB siapa? Kawasan ni siapa YB? Saya!YB Stampin, Saya YB Parlimen kawasan ini... tertakluk pada akta parlimen, saya boleh menjalan tugas saya...."" I'm telling you now.....no need...I'm the YB of this area!!WOW!!!
Posted by Az Ballia on Saturday, April 9, 2016
Sekali lagi, polis terbabit menjelaskan bahawa Kok Ping perlukan surat kebenaran untuk berbuat demikian. Namun, Kok Ping tetap tidak mengendahkannya. 

"Saya ada pas dan pas ini lebih berkuasa dari surat anda," kata lelaki yang menemani Kok Ping.

"Saya YB kawasan ini, tertakluk pada Akta Parlimen, saya mesti boleh menjalankan tugas saya di kawasan saya. Saya tidak perlukan surat hitam putih untuk memasuki tempat ini. Saya YB di kawasan ini dan saya mahu berjumpa dengan pegawai Imigresen," katanya. 

Bagaimanapun, polis terbabit menjelaskan kawasan itu merupakan kawasan larangan meskipun Kok Ping merupakan Ahli Parlimen kawasan tersebut, tiada kebenaran untuknya memasuki kawasan ini melainkan mempunyai kebenaran. 

Keangkuhan dan kesombongan ahli parlimen berkenaan telah menyebabkan netizen mengecamnya kerana tidak tahu berurusan secara profesional. 

"YB ini sungguh angkuh. Pembantunya juga tidak kurang teruk perangainya. Lihat saja cara mereka berdiri, langsung tiada hormat pada penjawat awam yang bertugas," kata En Suhaimi.

"Belum menang di Sarawak, dah berlagak dan angkuh. Bodoh! Kau ingat tempat ini bapak kau punya? Internation Airport ada undang-undangnya sendiri. Kurang ajar punya YB!" kata Philip Loh

"Dia ni bodoh ke apa? Dia betul-betul fikir yang polis itu akan benarkan dia masuk hanya kerana dia YB yang sedang menjalankan tugas di kawasannya? Gila betul pemimpin DAP ini. Inilah YB yang paling bodoh yang pernah saya kenal," kata Faizal Bahri. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.